Monday 20 August 2012

Jenis2 perempuan yang korang telah,akan dan mungkin jumpa

Zaman muda. Sekolah ataupun dah sambung belajar. Kita mesti akan jumpa pelbagai jenis perwatakan manusia yang berbeza2. Sesetengah orang ckp "nak belajar dulu baru bercinta". Tapi orang yang ckp benda tu la paling bnyk bercinta time belajar,so jangan nak ber bullshit dgn alasan tu lagi. Topik ni untuk panduan lelaki je,kalau ada pompuan yang nak baca jugak baca la. Kali ni aku ceritakan pasal jenis2 pompuan yang korang(lelaki,pengkid,lesbian..whatever) akan jumpa dan mungkin korang pernah jumpa sepanjang zaman persekolahan ataupun di kolej/universiti. Antaranya ialah:

1.yang kuat sosial
-pompuan jenis ni memang tak boleh hidup kalau sehari tak keluar rumah atau menganjing kat fb. Pompuan jenis ni jugak la yang korang selalu tengok kat fb,yang sentiasa ada gambar baru nak di upload pastu letak caption "saya tak secantik anda,wuwuwuwu" bila org puji dea akan ckp "mana ada la,biasa je" atau pun "ala,awak lg cantik". Pompuan jenis ni jugak berkemungkinan besar taktau malu langsung. Keluar dgn lelaki tengah2 malam naik moto bapak diorang gi kedai makan isap shisha. Pastu balik rumah entah apa benda lg nak di isapnya. Bila org ambik kesempatan mula la nak komplen "kenapa lelaki semua sama? Takde ke lelaki yang baik kat dunia ni?". Nasihat aku? Jauhkan la diri daripada org jenis mcm ni. Tak kira la cantik mana pun,better safe than sorry kata org putih

2.yang baik/alim
-pompuan jenis ni mula2 korang tgk dea mcm pendiam je. Takde nak bercampur dgn lelaki sgt. Tanya sepatah jawab sepatah. Add dea kat fb pun tak bnyk sgt gambar atau status. Pastu korang mula berkenalan. Dpt nombo phone,siang malam sms. Setelah lama kenal akhirnya korang kapel dgn dea. Tapi makin lama mcm ada je yang tak kena. Bila ajak jumpa ada je alasan,bila call atau mesej tak pernah balas. Tapi mintak top-up mcm nak isi minyak lori. Dan akhirnya korang jumpa pompuan ni tengah berdua2an dgn jantan keparat mana ntah sambil meraba2 dlm keadaan separuh bogel. Pompuan jenis ni jugak la yang akan buat korang hilang rasa hormat pada org pompuan. Good girls are bad girls who never got caught,kata org putih. Tapi bkn semuanya mcm tu,cuma kena hati2 la.

3.kawan baik je
-korang kenal dea lama dah,mungkin dari sekolah rendah lagi. Bila bersembang takde rasa kekok. Dea selalu tolong buat assingment atau kerja2 lain. Kadang2 korang gi jejalan skali,tengok wayang ke. Tapi bila soal tentang perasaan,memang tak boleh nak tipu la. Memang korang ada(walaupun sikit) perasaan suka kat dea. Dea kebarangkaliannya takde perasaan langsung kat korang. Tapi mungkin dea sporting skit,cuba la berkapel. Tapi bila dah kapel,rasa mcm tak sama je. Benda2 yg korang selalu buat sama2 dulu mcm.....dah tak sama la. Jadi korang pun berpisah cara baik tapi masih berkawan. Bila dea dah kahwin,dea anta kad jemputan kenduri. Ataupun dea tag gamba2 family dea kat fb. Ataupun lepas berpisah tu korang dah tak berteguran langsung sampai la skrg.

4.anak orang kaya
-spesies ni terdapat ni bandaraya2 besar. Antarnya kuala lumpur,ipoh,penang,johor. Cakap la pasal jenama apa pun. Gucci,chanel,friskies. Semua dea tau. Kalau bercuti,setakat gi genting highland atau tengok wayang kulit kat kelantan jangan harap le. Paling kurang pun mesti nak pergi sempadan perlis/siam. Top-up paling kurang pun 10 hengget sehari. Kalau korang nak top-up 3 hengget pun tak boleh memang takde can la. Pompuan mcm ni tak independant langsung. Sentiasa nak harapkan mak bapak. Sentiasa perlukan duit. Duit tu ibarat oksigen baginya. Sekurang2nya korang tak perlu la nak membazir duit beli hadiah ke apa ke,tapi percaya la ckp aku. Memang tak berbaloi. Kecik2 dah hidup senang,diorang takkan tau mcm mana rasanya hidup susah atau pun mcm mana nak hadapi situasi yang susah. Kalau nak buat suka2 je boleh ar,tapi kalau nak sehidup semampos,susah senang hadapi bersama haram jadah sume tu jangan harap la.

5.yang mulut bising
-dalam kelas dea la yang paling bnyk ber ckp. Tak reti nak diam. Mulut longkang,takde insurans semuanya dea la. Mengalahkan lelaki. Kalau dea takde rasa aman je dunia. Orang kata pompuan yang paling bnyk bercakap ni la yang paling senyap tentang masalahnya. Taik arh! Serius aku ckp,selagi mulutnya tak ditanggalkan dari muka selagi tu la dea akan terus bercakap. Tak kira la masalah peribadi pun. 2 batu boleh dgr suara dea.."ko tau tak semalam aku kentut dalam sungai,habis keruh air sampai lautan pasifik! Wakakakakakaka". Shut the fuck up la!!!

Tapi korang kena ingat,bukan semuanya mcm ni. Mungkin majoritinya je. Kalau aku rajin nanti aku buat la pasal lelaki pulak.

-Madara

No comments:

Post a Comment