Monday 5 November 2012

Tangisan Biola

Kelihatan beberapa orang kanak2 sedang bermain di taman botani berdekatan dengan tasik. Taman itu mempunyai ramai pengunjung terutamanya pada hari cuti. Tetapi tak ramai orang yg tau tentang taman tersebut. Tiap2 malam sampai ke pagi,akan kedengaran bunyi alunan biola yang merdu datang dari taman itu. Tetapi tidak ada seorang manusia pun berada di situ. Perkara ini berlaku lebih dari 10 tahun. Sesetengah orang anggap ianya perkara biasa,ada juga yg anggap ianya menyeramkan.

Kisah ini berlaku lebih kurang 12 tahun yg lepas. Seorang pemuda bernama Imran sedang berjalan-jalan di taman tersebut. Imran bekerja sebagai cleaner di situ. Ketika dia sedang berehat,dia terdengar sesuatu yang menusuk kalbunya. Bunyi alunan biola yang sangat merdu. Lalu dia mencari dari mana datangnya bunyi tu. Di atas kerusi panjang di bawah pohon ceri,kelihatan seorang perempuan muda sedang bermain biola. Imran hanya perhatikan dia dari jauh. Dia tertarik dgn kecantikannya. Rambutnya yang ikal,bibirnya yang merah semulajadi,matanya yang bersinar dan kesungguhannya bermain muzik. 10 minit kemudian perempuan itu beredar. Esoknya Imran menunggu kehadiran perempuan yang dilihatnya semalam. Tepat pukul 4 petang,perempuan itu kembali di tempat yg sama dan mainkan lagu yg sama dengan biolanya. Imran hanya perhatikan dia dari jauh. Satu hari,Imran memberanikan diri untuk menegurnya.

"hai". Imran menegurnya. Perempuan itu hanya tersenyum dan berhenti bermain sebentar. "dah lama ke awak tengok saya?" perempuan itu bertanya. Imran terkejut,rupanya di tahu Imran selalu perhatikannya. Tetapi dia tidak marah lalu mereka berbual hingga senja. "eh,dah lambat ni. Saya balik dulu la" perempuan itu mengakhiri perbualan mereka. Imran bertanya "tunggu dulu,saya masih tak tahu nama awak". "oh,lupa pula saya. Nama saya Sophea" dia membalas soalan. Imran pun gembira kerana dapat berkenalan dengan wanita idamannya. Imran mengumpul duit simpanannya untuk membeli sebuah biola. Esoknya Imran menunggu kehadiran Sophea di bawah pokok ceri dengan biola barunya. Sophea ketawa kecil apabila melihat Imran membawa biola. "awak tahu ke main?" sindirnya. "eh,saya tahu la. Tengok ni". Imran menjawab lalu menggesek biola itu,tetapi bunyinya tidak merdu malah menyakitkan telinga. Sophea pula berkata "ish,awak ni. Tak reti ckp la tak reti. Mari sini saya ajarkan". Sejak hari itu,Imran belajar bermain biola sehinggalah dia mahir.

Satu hari,Sophea mengajak Imran bermain di sebuah kelab muzik di tengah bandar. Imran pun bersetuju. Sampai sahaja di kelab tersebut,Imran perlu diuji terlebih dahulu. Walaupun baru seminggu belajar,kemahiran yg dimilikinya memadai untuk bermain di kelab itu. Imran pun berhenti kerja sebagai cleaner untuk bermain di kelab itu dgn bayaran yang agak lumayan. Setahun berlalu,kini Imran bergelar seorang pemuzik yang handal. Hubungannya dgn Sophea juga semakin rapat. Terlalu rapat,sehingga Imran bersetuju untuk berjumpa dengan ibu bapa Sophea. Sophea merupakan anak seorang ahli perniagaan yang kaya. Imran merasa risau sekiranya dia tidak diterima keluarga Sophea.

Suatu hari,Imran pergi ke rumah Sophea untuk berjumpa dgn keluarganya. Mereka berbual seperti biasa sahaja tetapi bapa Sophea hanya bertanya sepatah demi sepatah soalan sahaja. Seperti ada yang tidak kena. Petang tu Imran pun pulang. Sebaik saja Imran tiada,bapa Sophea panggil anaknya itu untuk berbincang ttg sesuatu. "ada apa ayah?" Sophea bertanya. Bapanya beritahu bahawa dia tidak merestui hubungannya dgn Imran. Dia juga akan menghantar Sophea ke luar negara untuk sambung pelajaran. Sophea merasa sedih dan tak sampai hati untuk memberitahu perkara ni kpd Imran. Sophea membuat keputusan untuk diamkan perkara tu dan jauhkan dirinya daripada Imran. Sementara tu,Imran pula sedang menanti kehadiran Sophea di bawak pokok ceri seperti biasa. Hari bertukar minggu. Minggu bertukar bulan. Masih tiada berita tentang Sophea. Hidup Imran tidak menentu semenjak Sophea menghilangkan diri. Dia hanya menunggu di bwh pokok tersebut. Tempat pertama kali mereka bertemu. Imran memainkan lagu yang Sophea mainkan waktu pertama kali mereka berjumpa dgn harapan Sophea akan kembali. Begitulah hidupnya setiap hari. Satu hari bapa Sophe berjumpa dgn Imran di bwh pokok tersebut. Dia memberitahu bahawa Sophea telah meninggal dunia akibat penyakit. Imran tidak dapat terima hakikat dan terus menunggu. Dia langsung tidak beredar dari tempatnya dan terus memainkan lagu yang sama tanpa henti. Biarpun panas terik atau hujan lebat dia tetap menunggu. Dia terus menggesek biolanya walaupun jarinya berdarah. Keadaan ini berterusan selama 6 bulan. Imran yg lemah dan tak bermaya akhirnya meninggal dunia. Semenjak hari itu,lagu yang dimainkan Imran masih terus berbunyi sehingga hari ini.

-Madara

1 comment: